Di samping orang Minangkabau yang menduduki Negeri Sembilan, terdapat juga etnik-etnik lain yang menetap lebih awal di Negeri Sembilan seperti orang Melayu yang menetap di sekitar Sungai Linggi, Sungai Ujong dan Rembau di mana daerah ini terletak berdekatan dengan Melaka. Orang Melayu yang menduduki kawasan tersebut merupakan penduduk kerajaan Melayu Melaka yang melarikan diri setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.
Kedatangan orang
Minangkabau ke Negeri Sembilan berlaku sewaktu Melaka dikuasai oleh Portugis.
Sungai Ujong dijadikan sebagai jalan masuk ke kawasan-kawasan persekitaran
serta menetap di daerah Sungai Ujong, Rembau, Naning, Inas dan Jempol.
Penawanan Melaka oleh Portugis telah menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka berpindah
ke Johor. Ungkapan adat Negeri Sembilan yang berbunyi "Beraja ke Johor,
Bertuan ke Minangkabau, Bertali ke Siak" membuktikan bahawa Negeri
Sembilan menerima pelbagai pengaruh serta mempunyai budayanya tersendiri
Senibina rumah berkenaan sering dikaitkan
dengan sifat kreatif masyarakat melayu dan hubungan mereka yang sangat erat
dengan alam sekitar . Rumah ini juga terdapat ukiran-ukiran yang sangat halus
yang tidak dapat kita lihat di setiap rumah-rumah tradisional di Malaysia
seperti Istana Ampang tinggi terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan
sepasang pintu gelangsar berat.
No comments:
Post a Comment