FAKTOR

Negeri Sembilan mempunyai keunikannya tersendiri yang terletak pada adat yang diamalkan oleh masyarakatnya iaitu adat perpatih. Adat perpatih ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Adat ini sering dikaitkan dengan masyarakat Minangkabau kerana ia merujuk kepada Dato' Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia seorang pengasas ideologi adat Perpatih dan pembesar di Tanah Minang kira-kira 500 tahun dahulu.

Sehubungan dengan ini, pengaruh rumah di Negeri Sembilan dapat dilihat berlainan dengan rumah tradisional di negeri-negeri lain. Ia mempunyai identiti yang tersendiri sebagai lambang kebudayaan masyarakatnya. Seni bina dan ciri-ciri reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan berkait rapat dengan adat Perpatih. Lambang keagungan sesebuah budaya masyarakat suatu ketika dahulu adalah terletak pada keunikan seni bina rumah tradisionalnya.

Adaptasi rumah tradisional Negeri Sembilan dapat dilihat pada bumbung yang bergonjong atau reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau atau mempunyai lentik yang bervariasi.Antara faktor-faktor reka bentuk rumah  di Negeri Sembilan:
  • Faktor cuaca
Kekerapan hujan yang mengakibatkan reka bentuk atap/bumbung yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan  cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah. Tambahan, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan yang maksima.
  • Faktor alam
Bahan binaan adalah kayu, rotan,akar,buluh, dan dedaun dari sumber hutan. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan menjadi pengikat, kayu menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/nipah menjadi atap.
  • Budaya, agama dan adab resam
Memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah tradisional kerana kewujudan adat pepatih dalam masyarakat Negeri Sembilan yang menyebabkan reka bentuk atap yang lebih cerun seperti tanduk kerbau.

No comments:

Post a Comment

HOME

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring ditepi kali: Selamat datang kami ucapkan, Mog...