PANTANG LARANG

Untuk membina sebuah rumah, masyarakat Negeri Sembilan, mempunyai kepercayaan atau pantang larang yang perlu dituruti supaya kediaman yang didirikan lengkap dengan keperluan air dan cahaya.Peraturan itu bertujuan mengelakkan rumah daripada didirikan atas tapak yang tidak sesuai.Sebelum membina rumah, tukang pawang akan dipanggil bagi meneliti kawasan tersebut sama ada ia sesuai atau tidak. Bukan sahaja faktor ekosistem dititikberatkan tetapi unsur makhluk lain yang kita tidak nampak dengan mata kasar turut diambil kira.

Zaman dahulu rumah di Negeri Sembilan banyak dibina di kawasan yang mempunyai mata air atau berdekatan sungai yang merupakan laluan utama penduduk sebelum adanya jalan raya. Rumah perlu menghadap tanah lapang supaya cahaya dapat masuk ke dalam rumah,Dalam meniti peredaran zaman, rumah Negeri Sembilan masih gah bertahan sehingga hari ini. Hal tersebut telah menarik ramai pihak untuk mengkaji kelebihan seni bina rumah dan ciri-ciri yang menampilkan keunikan dan identiti rumah tersebut.

Terdapat larangan juga kepada orang ramai supaya supaya tidak meniru reka bentuk atau bahagian-bahagian rumah yang tertentu, Di Rembau laranagn ini dikenakan terhadap orang ramai dari suku-suku selain daripada suku Biduanda atau Waris. Antara larangannya ialah :

1) Dilarang meniru bendul muncung(bersudut runcing), sebaliknya mesti bendul silang.
2) Dilarang membuat anjung dua hanya dibolekan satu anjung dipangkal serambi.
3) Dilarang membuat kotak tangga atau ukiran lambai-lambai di tiang rumah tangga(Seri Menanti)
4) Tiang anjung hanya empat batang tiang tambahan, tidak boleh dua tiang sahaja seperti rumah Melaka.
5) Dilarang membuat tidak tergantung tidak jejak ke bumi.
6) Tabir layar tidak boleh lebih daripada dua tingkat.

Dilihat pantang larang secara keseluruhan, khususnya pantang larang diraja, adalah untuk menunjukkan perbezaan atau perlambangan diraja dengan rakyat jelata.Yang jelas disini ialah agar perbezaan yang timbul dari pantang larang itu dapat menimbulkan kesan psikologi bahawa sesuatu kepunyaan rajaatau undang-undang itu mempunyai keistimewaan sesuai dengan tarafnya sebagai golongan pemerintahan atau atasan


No comments:

Post a Comment

HOME

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring ditepi kali: Selamat datang kami ucapkan, Mog...