Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring ditepi kali:
Selamat datang kami ucapkan,
Moga terhibur dengan blog kami.
Kami pelajar Diploma in Nuring Cohort 66 di KPJUC,Nilai yang diberi tugasan oleh En. Wan Ahmad Fuad bin Wan Kamil bagi menyiapkan satu blogger untuk subjek Pengajian Malaysia. Kami memilih tajuk "Keunikan senibina rumah tradisional di Negeri Sembilan"
1) NUR MAZIAH BINTI ABDUL MAJID (3041181008)
2) NUR SYAHIRAH BINTI MOHD MENSOH (3041181013)
3) NURUL SYAZWANI BINTI HILMEN (3041181020)
Antara sebab kami memilih
tajuk ‘Keunikan senibina rumah tradisional di Negeri Sembilan’ kerana kami tertarik
dengan reka bentuk yang hanya terdapat di Negeri Sembilan sahaja dan tidak ada di negeri-negeri
yang lain. Reka bentuk tradisional masih dikekalkan hingga kini walaupun zaman semakin moden. Selain
itu, keunikan dari segi pembuatan itu sendiri membuatkan ia berbeza dengan rumah
yang lain. Tambahan pula, reka bentuk itu terhasil dari Adat Perpatih yang
masih diamalkan oleh segelintir masyarakat di Negeri Sembilan.